Monday 25 May 2009

Antara mereka yang sudah mendapat hasil, anda bila pula???



Hari ini aku sempat juga membaca buku motivasi...

Bagaimana membuat mimpi anda menjadi asas

Hasrat keinginan yang berkobar-kobar untuk menjadi atau melakukan sesuatu adalah titik awal yang digunakan oleh mereka yang berjaya kepuncak kejayaan, impian tidak lahir dari sikap bodoh, kemalasan atau kurang bercita-cita.

Perlu diingat bahawa semua orang yang berjaya dalam hidup bermula dari awal yang tidak menyenangkan dan melewati banyak perjuangan yang mematahkan hati sebelum mereka "tiba". Titik baik dalam kehidupan mereka yang berjaya biasanya datang pada saat suatu krisis, yg memperkenalkan mereka kepada "diri mereka yang lain"

Begitu juga dalam merencanakan untuk memperolehi bahagian kejayaan kita, jangan biarkan sesiapa pun mempengaruhi anda melalui ejekan. Untuk menang dalam pertaruhan besar di dunia yg berubah ini, anda harus menangkap semangat para pelopor, yg.impian mereka telah menciptakan peradaban segla milik mereka yang mempunyai nilai, semangat yg merupakan darah kehidupan negara Amerika- yg memberi kesempatan kepada setiap orang untuk mengembangkan dan memasarkan bakat masing-masing....

inilah petikan dari buku yang aku baca semalam....akan dijadikan peransang kearah kejayaan yang nun jauh didepan yang sedang menanti....mungkin diri anda juga...pandanglah ia secara positif...perlu ingat jangan biarkan ejekan kawan-kawan menghalang usaha anda kearah puncak kejayaan yang sedang menanti anda...

Keadaan fikiran harus penuh dengan keyakinan, bukan hanya mengharap atau mengangankan.Keadaan fikiran yg terbuka sangat penting untuk kejayaan. Fikiran yg tertutup tidak mengilhamkan keyakinan...keberanian atau kepercayaan.....

No comments:

Post a Comment